Tulisan Anders Behring Breivik

Breivik menggunakan pelbagai forum internet untuk memaparkan pandangan Islamofobik dan mengkritik dasar-dasar imigresen. Dia dengan bongkak menyokong organisasi Hentikan Islamifikasi Eropah. Beliau dilaporkan menulis pelbagai artikel dan posting yang mengkritik Islam dalam laman web Ddocument.no dari September 2009 hingga Jun 2010. Beliau juga menghadiri mesyuarat "Dokumen venner" (Friends of the Document).

Dalam tulisannya, Breivik memaparkan rasa kagum terhadap Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dan hendak memulakan organisasi yang sama di Norway. Dia mempromosi usaha "Jihad Belia / Extreme-Marxsis" .Pada 25 Julai, 2011 Perdana Menteri British, David Cameron mengumumkan akan membuat kajian keselamatan selepas serangan itu.EDL sendiri mengutuk keganasan itu. Dagens Næringsliv menulis Breivik cuba untuk memulakan pergerakan parti teh versi Norway dengan kerjasama pemilik Document.no.

Breivik melahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang disifatkan sebagai pemimpin yang adil dan tegas.Tetapi Putin telah mengecam tindakan Breivik sebagai "kecelaruan orang gila".

2083

Breivik menulis dan menyusun manifesto 1516 halaman bertajuk "2083: Pengisytiharan Kemerdekaan Eropah" (merujuk kepada pengepungan Empayar Uthmaniyyah pada 1683 di Vienna. Dia menggunakan nama samaran bahasa Inggeris "Andrew Berwick". Menifesto itu diemel ke 1003 e-mel, kira-kira 90 minit sebelum letupan bom di Oslo.

Manifesto itu merupakan perbincangan politik dan pelan tindakan. Breivik percaya tindakannya itu akan membantu mencetuskan perang saudara di Eropah selama beberapa dekad, melalui tiga fasa yang berbeza dan kemuncaknya pada tahun 2083 dengan penghapusan Marxis Eropah dan mengusir umat Islam dari Eropah. Bahagian utama manifesto itu dicedok dari blogger Norway, Fjordman.

Rujukan

WikiPedia: Anders Behring Breivik http://www.bloomberg.com/news/2011-07-24/norway-ki... http://www.eurasiareview.com/nato-attack-on-serbia... http://www.jpost.com/International/Article.aspx?id... http://www.nytimes.com/2011/07/26/world/europe/26o... http://www.praguepost.com/news/9616-oslo-terrorist... http://rapsinews.com/judicial_news/20120824/264386... http://news.yahoo.com/lawyer-norway-suspect-wanted... http://www.aftenposten.no/nyheter/iriks/Her-er-hel... http://www.domstol.no/upload/OBYR/Internett/Nyhete... http://nrk.no/227/dag-for-dag/rettssaken---aktorat...